• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Pengenalan
  • Perutusan Pegawai Daerah Hilir Perak

Perutusan Pegawai Daerah Hilir Perak

DO

Amanat Tahun Baharu 2020 yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Hilir Perak, Tuan Haji Meor Hezbullah Bin Meor Abd Malik di Dewan Pegawai Daerah Hilir Perak.

Fokus penting yang menjadi intipati utama dalam amanat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Hilir Perak adalah:

1) Menambahbaik program Pembangunan Modal Insan warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak dengan memperbanyakkan aktiviti penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dan nilai-nilai Islam pada tahun 2020 bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti, berakauntabiliti dan profesional serta mengajak warga kerja mengubah cara berfikir, berkomunikasi dan bertindak dengan lebih baik

2) Menambahbaik program peningkatan hasil cukai di Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak bagi tahun 2020 khususnya cukai tanah tertunggak, sesi temu seru, sesi turun padang serta merakyatkan perkhidmatan Pejabat Daerah ke lapangan masyarakat di kampung-kampung.

3) Menambahbaik aktiviti pemantauan/penguatkuasaan berskala kecil secara berkala/ rutin/ berjadual teratur sebagai menzahirkan keberadaan (omnipresent) bagi meningkat hasil dan keyakinan masyarakat; dan

4) Menambahbaik hal-ehwal kebajikan warga Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak yang diuji musibah sakit, kemalangan dan kematian untuk menyemarakkan semangat satu keluarga (one family) dalam memantapkan perjalanan organisasi.

Cetak   Emel

  • /index.php/profil/organisasi
  • /index.php/profil/pengenalan/perutusan-pegawai-daerah-hilir-perak/7-maklumat-tetap/10-bidangkuasa

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.