Cetak

Info Ringkas

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding denganKamparTapahHutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.

Bandar terdekat yang lain ialah Sabak BernamBagan DatohBidorTapah,Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayanke ManjungLumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Teluk Mak Intan

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

 

  • Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam.
  • Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Sejarah ringkas

  • 1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggeris setelah termeterinya Perjanjian Pangkor 1874.
  • Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).
  • Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882.
  • 15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .
  • Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.
  • 1884 pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.
  • 1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.

Landasan kereta api menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan IpohKamparBatang PadangPulau Pinang,Taiping dan Kuala Lumpur. Kereta api lebih mudah dan cepat dan boleh mengangkut banyak barang terutama bijih timahdan getah serta kayu balak.

Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau PinangPrai dan Port Dickson.

  • Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.
  • 1962 Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.
  • 1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.
  • 5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak ditubuhkan bagi mengurustadbir kawasan LangkapChui ChakPelawan, Batu Dua Belas.
  • Majlis Bandaran Teluk Intan lebih aktif dan tertakluk kepada :
  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976
  2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
  3. Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
  • 23 April 2003 Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri.
  • Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004.

 



Hit LAST UPDATED
2678 Rabu, 29 Oktober 2014 14:35

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI KAUNTER

ISNIN - KHAMIS

8.15 Pagi - 12.15 Tengahari
2.15 Petang - 4.30 Petang

JUMAAT

8.15 Pagi - 12.00 Tengahari
3.00Petang - 4.30 Petang



Orang Awam

  • Direktori Pegawai
  • Muat Turun Dokumen
  • Arkib
  • Soalan Lazim (FAQ)
  • Transaksi e-Perkhidmatan

E-Perkhidmatan

  • Link E-Perkhidmatan
  • Link E-Perkhidmatan
  • Link E-Perkhidmatan
  • Link E-Perkhidmatan
  • Link E-Perkhidmatan

Pembayaran Online

  • Link Pembayaran Online
  • Link Pembayaran Online
  • Link Pembayaran Online
  • Link Pembayaran Online
  • Link Pembayaran Online
2087676
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2466
2180
10806
2062204
55329
98258
2087676

Your IP: 54.224.121.93
Server Time: 2017-06-23 23:32:41
Visitors Counter